Thursday 18 February 2016

Malaysia Belum Bersedia Untuk Ganja-IGP #AwesomeIGP #GoPDRMGo


Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar percaya bahawa Malaysia tidak bersedia untuk ganja, dan memberi amaran bahawa ia boleh membawa kepada penyalahgunaan.

Beliau juga menegaskan bahawa di negara kita per karaoke ini akan menjadi satu platform untuk kemasukkan jenis dadah yang lain serta menjadi tumpuan aktiviti dadah yang luas.

"Menggunakan ganja akan menjadi asas kepada penyalahgunaan dadah keras yang lain. Ia akan menjadi satu kesilapan jika kita benarkan ganja kerana akan memberi kesan kepada generasi akan datang di negara ini," katanya ketika dihubungi.


Friday 12 February 2016

SAC DATUK MOHD KHALIL SUPM YANG BAHARU

SAC Datuk Mohd Khalil Kader Mohd secara rasminya hari ini mengambil alih tugas sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan DCP Dato’ Ramli Hj Din yang dilantik sebagai Ketua Polis Melaka.




Majlis Serah Terima Tugas SUPM telah berlansung di Tingkat 31, Manara 1, dengan disaksikan oleh DCP Dato’ Asri Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan).

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran ,SAC Haliludin Rahim, Ketua Bahagian Perundangan PDRM, SAC Mazupi Abd Rahman, KPP Pasukan Khas Siasatan Bersepadu, SAC Abdul Aziz Abdul Majid dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Thursday 11 February 2016

#GoPDRMGo: TIGA FOKUS MEMPERKASAKAN PENGURUSAN PDRM

PERTAMA : MEMPERKASAKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KE ARAH KEPOLISAN MODEN

Aspek Penyampaian Perkhidmatan Terbaik merupakan agenda utama beliau dalam merealisasikan fokus utama Ketua Polis Negara tahun 2016. Tumpuan utama adalah di peringkat pelaksana iaitu peringkat daerah dan balai yang merupakan barisan hadapan yang menyumbang kepada 'first impression' atau tanggapan pertama masyarakat terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan pihak polis. Menurut beliau, analisa PEMANDU mendapati terdapat 90 peratus jurang antara persepsi dan realiti terhadap penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat. Justeru, keberkesanan barisan hadapan meliputi Ketua Polis Balai,MPV, URB, Kaunter Pertanyaan dan pegawai penyiasat yang juga menyumbang impak secara langsung dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan jurang yang mewujudkan persepsi negatif di kalangan masyarakat umum tentang keberkesanan PDRM. SSO atau Sistem Semakan Online perlu diberi perhatian terutama berkaitan pemberitahuan pertama, kedua dan ketiga kepada pengadu agar dapat membantu mempertingkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan polis.

KEDUA : KELOMPOK PELAKSANA PERLU FOKUS DAN MENETAPKAN SASARAN UTAMA DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK

Sebagai kelompok pelaksana yang merupakan elemen penting dalam PDRM, Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Balai dan Ketua Cawangan perlu fokus dan menetapkan hala tuju masing-masing selari dengan fokus utama Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Negara agar setiap tindakan tidak tersasar, malah menjadi panduan dan garis pengukur prestasi masing-masing. Sementara itu, aspek kebajikan dan 'internal engagement' pegawai dan anggota bawahan perlu dititikberatkan dalam memberikan suntikan moral dan memotivasikan mereka agar mereka mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi PDRM.

KETIGA : MENTRANSFORMASIKAN MODAL INSAN KE ARAH KEPOLISAN MODEN

Jabatan Pengurusan PDRM menuju ke arah transformasi modal insan ke arah kepolisan moden. Aspek keterampilan dan personaliti yang segak diberi keutamaan. Mulai Januari 2017, keterampilan merupakan salah satu aspek yang diambil kira dalam kenaikan pangkat. Dengan erti kata lain, pegawai dan anggota yang obesiti disarankan untuk bekerja keras dalam mencapai berat badan yang ideal demi kemajuan karier masing-masing sejajar dengan Program 'Trim and Fit' yang telah dilancarkan oleh beliau pada bulan Januari yang lalu.

Harapan beliau agar kelompok pelaksana memberikan keutamaan terhadap aspek penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan iaitu masyarakat umum yang merupakan panel penilai terhadap prestasi PDRM sebagai agen keselamatan dalam mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

'TANPA MODAL INSAN YANG MANTAP DAN CEMERLANG, KITA TIDAK AKAN MAMPU MENCAPAI PRESTASI YANG CEMERLANG'.

Sumber: Polis Selangor

13.7JUTA DADAH DISITA, 3 DIBURU!

Polis merampas pelbagai jenis harta bernilai RM13.7 juta milik pengedar dadah yang ditangkap di Perak sepanjang tahun lepas, yang meningkat 208.8 peratus berbanding RM4.4 juta pada 2014.



Tindakan di bawah Akta Perlucutan Harta 1988 itu merupakan sitaan harta terbanyak sekali di seluruh Malaysia bagi 2015.

Seramai 2,091 pengedar dadah ditangkap di seluruh Perak sepanjang tahun lepas yang meningkat berbanding 1,987 pada 2014 dan menjadi tangkapan terbanyak di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 569 ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, manakala 113 orang lagi ditangkap mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985.

Kebanyakan daripada mereka merupakan dalang atau perancang dan pembiaya dalam sindiket yang ditumpaskan pada 2015.

Sepanjang tahun lepas, seramai 4,046 orang ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah yang merupakan peningkatan sebanyak 18.3 peratus berbanding 3,421 orang pada 2014.

Kesemua tangkapan kes pengedaran dan memiliki dadah itu menghasilkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM6 juta.

Seramai 4,578 penagih dadah ditangkap dan dikenakan tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 sepanjang tahun lepas menerusi 41 Operasi Sarang.

Keseluruhannya, sebanyak 13,228 pesalah dadah ditangkap di seluruh negeri ini sepanjang tahun lepas yang bertambah 9.3 peratus berbanding 12,098 orang pada 2014.

Polis akan terus meningkatkan tindakan terhadap ancaman dadah di Perak tahun ini bagi memastikan gejala ini dibendung berterusan.

Polis Perak giat mengesan tiga individu lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes dadah di Perak.

Mereka ialah Hew Tean Khoon, 40, yang alamat terakhirnya di Lorong 3, Gunung Rapat, Ipoh dan Desa Pakar Apartment, Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur; S. Thevan, 34, beralamat terakhir di Jalan Queen Pasir Pinji, Ipoh dan Mohd Yunus Mat Yusof, 30, yang alamat terakhirnya di Kampung Perlok Baru, Sungkai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Loo Hun Liong di talian 016-4744439 dan Inspektor Hairuddin Hassan di talian 012-8063834.